Rabu, 25 November 2009

PRODUCT KNOWLEDGE TERKINI

Nama produk: Imuniti / D’Tork

Kandungan herba: Hempedu bumi / pokok cerita


Nama saintifik

Andrographis paniculata


Ciri-ciri tumbuhan

Tumbuhan jenis herba, tumbuh tegak, batang bersegi dan licin. Herba tahunan dan ketinggian pokok sekitar 30-90 cm.

Taburan

Terdapat di seluruh negara tropika. Tumbuh dengan baik di kawasan sedikit terlindung dan lembab.


Kandungan sebatian kimia

Andrograpanin, andrografisida, furanoditerpena andrografolida, asid klorogenik, panikulid A, B dan C, diterpen glikosida dan asid kafeik polifenol. Mineral kalsium, kalium dan natrium.


Kegunaan secara tradisional

Daun atau keseluruhan tumbuhan ini dimakan untuk membunuh parasit (antihelmintik), mencegah ketumbuhan (antitumor), mengurangkan kesuburan, mengembalikan keceriaan, merawat darah tinggi, tahan sakit, tingkatkan sistem imuniti, kedatangan haid yang tidak tetap, demam, terkena patukan ular, digigit serangga berbisa, diabetis, sakit

dada, sakit tekak, sakit kulit dan cirit-birit.



Kajian saintifik

Kesan furanoditerpena andrografolida yang terkandung di dalam pokok menyebabkan rasa pahit apabila dimakan. Kajian menunjukkan ekstrak daripada pokok ini dapat meningkatkan kadar fagositosis sel darah putih iaitu proses sel darah putih melawan bakteria. Tumbuhan ini juga dapat bertibdak sebagai agen antibiotik yang berspektrum luas. Zat aktif andrografolida terbukti berkhasiat sebagai hepatoprotektor (melindungi sel hati dari daripada bahan toksik).


Kajian ke atas rumusan Andrographis paniculata yang dijalankan di Institut Herba Sweden menunjukkan bahawa rumusan ini berupaya mengurangkan kadar menghidap demam dalam satu kumpulan kajian. Kesan ini disebabkan oleh andrografolida yang mempunyai kesan imunostimulan. Kajian ke atas tikus menunjukkan andrografolida, neoandrografolida dan didehidroandrografolida boleh menurunkan demam yang disebabkan oleh agen pengaruh demam seperti toksin bakteria, pneumokokus, streptokokus hemolitik, tifoid, paratifoid dan 2,4-dinitrofenol. Andrographis paniculata juga mempunyai kesan analgesik (tahan sakit) dan antipiretik (membuang panas). Tumbuhan ini tidak menunjukkan sebarang kesan ketoksikan.


Hasil kajian juga menunjukkan bahawa A. paniculata ini berupaya menurunkan atau melegakan kesan radang yang diaruh oleh bahan kimia seperti histamin, dimetil benzen dan minyak kroton. Hal ini disebabkan oleh kehadiran empat sebatian aktif yang terdapat di dalam A. paniculata iaitu deoksiandrografolida, andrografolida, neoandrografolida dan didehidroandrografolida. Kesan antiinflamatori (antiradang) didehidroandrografolida telah dikenalpasti melalui peningkatan sintesis dan pembebasan hormon adrenokortikotrofik (ACTH) daripada kelenjar ptuitari. ACTH selanjutnya mengaruh kelenjar adrenal untuk menghasilkan kortisol iaitu sebatian semulajadi antiradang. Tumbuhan ini juga membaiki sistem penghadaman dan menambah penyerapan karbohidrat.



Nama produk: Mengkudu

Kandungan herba: Mengkudu / noni

Nama saintifik

Morinda citrifolia


Ciri-ciri tumbuhan

Tumbuhan bersaiz sederhana, boleh mencapai ketinggian sehingga 3m hingga 10m. Daunnya berbentuk elips, warna hijau berkilat. Jambak bunga pendek dan menghasilkan bunga berwarna putih dan tersusun padat. Buah masak adalah lembut, bewarna putih atau kehijau-hijauan, masam dan berbau tengit.


Taburan

Morinda citrifolia didapati tumbuh di negara-negara tropika termasuk Malaysia. Biasanya ia tumbuh liar dan kadang kala ditanam. Ia tumbuh dengan baik di kawasan berhampiran pantai. Morinda citrifolia atau mengkudu sangat terkenal di kawasan Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Carribean sebagai bahan perubatan tradisional. Barat menyebut mengkudu sebagai ‘queen of the morinda’. Di Hawaii mengkudu ini lebih dikenali sebagai noni manakala di Tahiti mengkudu dikenali sebagai nonu atau nono.


Kegunaan

Arteriosklerosis, asma, kencing manis, rheumatik, kesuburan, melancarkan haid, penyakit hati, beri-beri dan penyakit kulit seperti kudis buta, ulser, luka dan psoriasis.


Kandungan sebatian kimia

Alizarin, asperulosid, xeronin, asid askorbik, morindin, skolopetin, karatenoid, riboflavin, niasin, β-sitosterol, alkaloid dan flavon glikosida.


Kajian saintifik

Mengkudu mempunyai aktiviti antimikrob, hipotensif (boleh menurunkan tekanan darah), antioksidan, menjadi bahan pembunuh serangga dan dilaporkan dapat bertindak sebagai ubat penahan sakit. Morinda citrifolia mempunyai sebatian skolopetin yang sangat efektif untuk merawat peradangan dan alergi. Sebatian ini juga dilaporkan mampu mengubati arthritis, Sindrom Carpel Tunnel (sakit, kebas dan rasa menyucuk pada jari) dan alergi. Skolopetin berfungsi meluaskan saluran darah yang mengalami penyempitan dan melancarkan lagi peredaran darah sehinggalah jantung tidak perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darah. Hal ini menjadikan tekanan darah berada di tahap yang normal. Walaupun skolopetin yang terdapat di dalam mengkudu bertindak secara sinergi dengan nutraceuticals (makanan yang berfungi untuk pengubatan) lain untuk menurunkan tekanan darah tinggi kepada normal namun ia tidak pula merendahkan tekanan darah yang telah sedia normal.


Menurut Neil Solomon, Ph.D, skolopetin dalam mengkudu adalah sejenis fitonutrien yang dapat mengikat serotonin, iaitu sebatian kimia yang penting untuk tubuh. Skolopetin dapat meningkatkan kegiatan kelenjar peneal yang terdapat di dalam otak. Kelenjar ini merupakan tempat serotonin diproduksi dan kemudian digunakan untuk menghasilkan hormon melatonin. Melatonin iaitu hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal di dalam keadaan yang gelap. Walau bagaimanapun hormon ini tidak dikeluarkan dalam keadaan cahaya yang terang. Kehadiran hormon ini akan memberi maklumat pada otak tentang pertukaran masa antara malam dan siang. Melatonin merupakan hormon yang berasal dari serotonin bertanggungjawab untuk mengawal atur kitaran tidur. Selain itu, serotonin dan melatonin membantu mengawalatur beberapa kegiatan tubuh seperti suhu tubuh, perasaan hati (mood), masa akil baligh, kitaran reproduksi sel telur, rasa lapar dan perilaku seksual. Masakini hormon melatonin ini digunakan untuk merawat mereka yang mengalami gangguan kitaran tidur akibat pernerbangan jauh, insomnia, pekerja syif dan orang tua. Kandungan alkaloid yang terdapat di dalam mengkudu bertindak sebagai agen anti-inflamatori (anti-radang).



Nama produk: Pelawas

Kandungan herba: Sanna(Senna)

Nama saintifik

Tidak dilaporkan


Ciri-ciri tumbuhan

Ia bersifat panas dan kering. Ia merupakan jenis tumbuhan yang terbaik dan menjadi pilihan kebanyakan pakar perubatan


Taburan

Tumbuhan ini banyak terdapat di Mekah.


Kandungan sebatian kimia

Tidak dilaporkan.


Kegunaan

Ibnu Majah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda, "Senna dan sanut adalah untuk kamu kerana padanya terdapat semua penawar bagi segala penyakit kecuali barah". Manakala dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda "Apa yang kamu gunakan untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran daripada perut?" Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”. Satu hadis lain berbunyi, “Jika ada penawar bagi maut, maka sennalah yang lembut dan menggembirakan”.





Nama produk: Shark Cartilage

Kandungan: Rawan ikan jerung


Kandungan sebatian kimia

Analisis kimia menunjukkan rawan jerung yang dikeringkan mengandungi

    • 41% abu-terdiri daripada 60% kalsium dan fosforus pada nisbah 2:1.

    • 39% protein

    • 12% karbohidrat

    • 7% air

    • kurang 1% fiber

    • kurang 0.3% lemak


Kajian saintifik

Kajian yang dijalankan oleh Dr Luer mendapati apabila ikan jerung atau sharks didedahkan pada aflatoksin B1 (sejenis toksin yang berbahaya) yang berpekatan tinggi, ikan jerung tidak menunjukkan sebarang kejadian tumor. Aflatoksin B1 mrupakan penyebab karsinogen. Apabila aflatoksin diaktifkan, maka ia akan mengikat dengan DNA dan seterusnya menyerang gen. Dr Luer telah menjalankan eksperimen untuk mengetahui bagaimana jerung dapat bertindak untuk mengurangkan kanser. Hasil daripada kajian beliau menunjukkan terdapat enam atau tujuh protein yang mempunyai kebolehan untuk mengelakkan daripada pertumbuhan salur darah.


  • Hasil kajian Dr Prudden menunjukkan penggunaan rawan lembu dapat bertindak sebagai peransang sistem imuniti tubuh dan agen perencat angiogenesis (proses penghasilan salur darah) secara perlahan. Pesakit tumor yang diberikan rawan lembu menunjukkan kesan pengecutan pada bahagian tumornya, akan tetapi penggunaan rawan jerung menunjukkan kesan yang lebih hebat iaitu 1000 kali lebih efektif daripada rawan lembu sebagai agen antiangiogenesis.

  • Tumor dan metastasis (tumor yang tersebar ke bahagian organ lain) tidak boleh membesar tanpa jaringan salur darah yang menyokongnya.

  • Pertumbuhan tumor bergantung kepada kemunculan salur darah baru.

  • Pertumbuhan salur darah baru (angiogenesis) normalnya tidak berlaku pada orang dewasa.

  • Rangka ikan sharks kebanyakannya adalah terdiri daripada rawan.

  • Rawan sharks merupakan bahan yang tidak toksik yang sangat efektif untuk merencatkan proses angiogenesis (kesan antiangiogenesis, sharks bekerja secara sinergistik bersama mukopolisakarida).

  • Sangat sedikit (sekiranya ada) sharks mendapat kanser.


Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam rawan ikan jerung ini adalah disebabkan oleh proses pengapuran yang berlaku pada rawan terutamanya pada rawan tulang belakang. Walaupun protein yang bertindak sebagai bahan anti angiogenesis sebahagiannya larut bersama kalsium, fosforus, karbohidrat dan sebatian semulajadi yang lain, namun larutan ini memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit. Mukopolisakarida yang terdapat di dalam karbohidrat meransang sistem imuniti tubuh dan bekerja secara sinergistik bersama protein dalam melawan penyakit manakala kalsium organik dan fosforus digunakan oleh metabolisme tubuh sebagai nutrien.











Nama produk: Plantisol

Kandungan herba: Jering


Nama saintifik

Pithecellobium jiringa


Ciri-ciri tumbuhan

Pokok jering sederhana besar, ketinggiannya mencapai 25m. Kulit batangnya bewarna perang pucat kemerahan dan licin. Daun jering jenis majmuk terdiri daripada 2-3 pasang anak daun yang tersusun padat pada dua tangkai sisi. Pucuknya lembut berjurat berwarna ungu muda atau ungu. Bunganya kecil berwarna putih krim. Lenggai atau buah jering mempunyai lebar kira-kira 5 cm, bewarna perang keunguan gelap, berkulit tebal atau bercuping. Bijinya berwarna hijau muda kekuningan dan bertukar perang kemerahan apabila masak. Rasanya lemak-lemak pahit, agak pedar dan berbau kuat.


Taburan

Tersebar di seluruh Malaysia. Kebanyakan hidup liar di tepi-tepi hutan dan di hutan sekunder tetapi terdapat juga yang ditanam di dusun campuran atau di sekitar rumah.


Kandungan nutrisi

Jering mengandungi 10.5% protein, 84.1% karbohidrat, 52% air, 1.0% abu, 0.8% lemak dan 3.6% gentian.


Kegunaan

Buah jering mempunyai nilai perubatan iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Daunnya digunakan untuk merawat sakit kulit dan sakit dada. Manakala kulit kayunya pula boleh dibuat ubat kumuran untuk sakit gigi. Buahnya digunakan untuk ubat kencing bernanah dan sakit gigi. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat kencing manis. Selain itu kulit buahnya digunakan untuk membasuh rambut. Bagi mengubati batu karang dalam air karang, biji buah jering ditunbuk halus bersama sedikit halia dan direbus. Manakala air rebusan tersebut diminum setiap hari.






























Nama produk: Omega 3

Kandungan: Ikan tenggiri biru


Nama saintifik

Scomber scombrus


Kegunaan

Secara keseluruhannya omega-3 adalah sangat diperlukan kerana


  • Dapat menghapuskan kolestrol dan trigliserida dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit arteri koronari.

  • Mengurangkan risiko pembekuan darah dan dapat merendahkan tekanan darah. Pembekuan darah dan tekanan darah tinggi merupakan faktor-faktor penyebab penyakit lumpuh dan serangan penyakit jantung.

  • Mengubahsuai metabolisme prostaglandin – peningkatan jumlah pengeluaran prostaglandin tertentu mempunyai hubungan dengan pertumbuhan tumor serta berkait dengan peradangan seperti artritis dan psoriasis yang berlaku di dalam badan.

  • Omega-3 juga terdapat di dalam susu ibu, penting untuk perkembangan normal otak dan kesihatan mata.


Kumpulan omega-3 termasuklah asid α-linoleik, asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosahexaenoik (DHA). Dalam sesetengah tumbuhan asid fatti omega-3 ditemui dalam bentuk asid α-linoleik. Manakala dalam tubuh kita asid fatti omega-3 akan ditukarkan kepada EPA dan kemudiannya ditukarkan kepada bentuk DHA. Minyak ikan tertentu mengandungi bentuk awal (preformed) EPA dan DHA yang merupakan bentuk yang paling aktif dan sangat dikehendaki dalam kumpulan omega-3. Akhirnya DHA akan ditukarkan ke dalam satu kumpulan prostaglandin anti-inflamatori iaitu bahan seperti hormon yang digunakan diseluruh tubuh.


Omega-3 ditemui dengan banyaknya dalam tumbuhan marin yang dikenali sebagai fitoplankton. Sumber makanan daripada haiwan terutamanya ikan dari laut sejuk seperi ikan ‘hering’, ikan tuna, ikan salmon, ikan kod, ikan pelata dan makanan laut seperti udang biasanya mempunyai paras EPA yang sangat tinggi. Sebagai contoh 4 auns ikan salmon mengandungi 3600 mg asid fatti omega 3, manakala 4 auns ikan kod iaitu ikan yang rendah lemah mengandungi 300mg.


Manakala biji pokok ‘flaks’(sejenis tumbuhan berbunga biru) serta minyak bijinya sangat kaya dengan sumber asid α-linoleik dan seterusnya asid α-linoleik akan ditukarkan kepada EPA dan DHA di dalam tubuh. Walau bagaimanapun banyak faktor yang akan mengganggu proses ini contohnya seperti merokok, toksik dari persekitaran, proses penuaan (tua), pengambilan lemak tepu yang tinggi, alkohol dan ubat-ubatan tertentu. Oleh yang demikian bagi mendapatkan jumlah nutrien yang penting ini pada kadar yang diperlukan oleh tubuh maka pengambilan minyak ikan yang kaya dengan bentuk EPA dan DHA aktif semulajadi adalah diperlukan.














Nama produk: Stoma-K

Kandungan herba: Varieti asam gelugor. Tumbuhan yang dikenali sebagai ‘bitter kola’ ini termasuk di dalam kumpulan buah manggis, buah kandis dll.

Nama saintifik

Garcinia atroviridis Var


Ciri-ciri tumbuhan


Taburan

Tumbuhan ini berasal dari India, Thailand dan turut terdapat di Asia Tenggara.


Kegunaan

Di India tumbuhan ini digunakan untuk merawat edema, masalah haid, sembelit dan jangkitan cacing di dalam usus. Selain itu ia juga digunakan secara tradisional dalam penyediaan makanan dan pengawetan.


Sebatian Kimia

HCA atau dikenali sebagai ‘hydroxy citric acid’ iaitu sejenis asid organik semulajadi.


Kajian Saintifik

Kajian yang dijalankan mendapati HCA dapat

  • merencat proses sintesis lemak (lipogenesis).

  • merendahkan pengeluaran kolestrol dan asid lemak.

  • meningkatkan pengeluaran glikogen di hati.

  • mengurangkan keinginan terhadap pengambilan karbohidrat dan seterusnya dapat mengawal selera makan.

  • mengelakkan karbohidrat berlebihan daripada ditukarkan kepada lemak.

  • membantu proses metabolisme tubuh berfungsi dengan lebih berkesan

  • meningkatkan pengeluaran haba oleh badan dengan mengaktifkan proses termogenesis.


BAGAIMANA HCA MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN BADAN

Secara teorinya HCA dapat menolong mengurangkan proses sintesis lemak di dalam badan. Apabila tubuh mengambil kalori yang berlebihan daripada yang diperlukan, HCA akan bertindak menyekat aktiviti sejenis enzim iaitu enzim ‘ATP-citrate lyase’ daripada mengeluarkan Asetil CoA. Asetil CoA bertanggungjawab untuk mensintesis asid lemak.

Selera makan dikawal oleh sebahagian daripada sistem saraf dengan menghantar maklumat saraf tersebut dari hati ke otak. Penyelidik berpendapat bahawa HCA juga turut mempengaruhi selera makan dengan meningkatkan paras glikogen hati (disimpan dalam bentuk glukosa) dan seterusnya akan menyebabkan rasa kenyang di bahagian otak.


















Nama produk: Teh Herba

Kandungan herba: Pegaga

Nama saintifik

Centella asiatica

Ciri-ciri tumbuhan

Tumbuhan herba yang tumbuh menjalar di atas tanah. Akarnya keluar daripada nodus batang. Daun berbentuk bulat, 2 cm hingga 5 cm lebar, tepi daun bergigi, berbentuk ginjal, mendatar, tangkai daun lurus dan panjang dan berwarna hijau. Jambak bunga biasanya tiga pasang, kurang daripada 1 cm panjang dan mengandungi tiga bunga berwarna ungu gelap. Buah kecil, berbentuk ovoid, berwarna putih atau hijau.

Taburan

Terdapat di kebanyakan negara tropika, tumbuh di tanah agak lembap, di kawasan terbuka, sawah padi dan padang.

Kegunaan

Ia digunakan untuk mengurangkan sakit gigi, merawat sakit tembolok dan kencing tidak lawas. C. asiatica digunakan untuk menghilangkan rasa pening dengan cara menumbuk secubit ‘garam jantan’ bersama pegaga hingga lumat dan airnya diminum setiap pagi. Selain itu, C. asiatica juga digunakan untuk meransang dan memudahkan penyingkiran najis, sebagai agen pembersih toksin dalam tubuh, meningkatkan keupayaan menghadam makanan, meningkatkan sistem imunisasi badan, daya ingatan dan tumpuan, mengurangkan kelesuan dan tekanan, membaiki dan meningkatkan sistem saraf, membantu sistem peredaran darah dan menguatkan saluran darah. C. asiatica juga digunakan untuk merawat cirit-birit dan najis berdarah akibat sembelit, ulser perut, gastrik, jangkitan salur kencing, mengurangkan bengkak otot dan kaki, kekejangan otot, mengelakkan urat timbul, sukar tidur, sakit kepala dan untuk menyejukkan badan. Centella asiatica juga turut digunakan di Kelantan untuk mengubati malaria.

Selain itu, pegaga merupakan herba terbaik untuk meningkatkan sistem saraf. Ia digunakan oleh kebanyakan orang untuk meningkatkan kebolehan belajar dan meningkatkan daya ingatan. Hal ini mungkin disebabkan oleh tindakan pegaga mencuci darah, menguatkan jantung dan menstabilkan hormon. Hasil daripada tindakannya meningkatkan sistem peredaran darah, maka ia sesuai digunakan untuk mengelakkan dan merawat gangguan sistem saraf. Hal ini mungkin kesan daripada tindakan pegaga meningkatkan tenaga dalam sel otak.

Kandungan sebatian kimia

Sebatian aktif yang terdapat di dalam minyak pati (essential oil) yang terdapat di dalam pegaga ialah a-humulene, b-caryophyllene dan germacrene-D. Minyak pati yang terdapat di dalam daun, stolon dan akar C. asiatica turut mengandungi linalool, α-copaene, β-elemene, 1-decanol, (E)-b-farnesene, β-acoradiene, δ-cadinene, Epi-bicyclosesquiphellandrene, Epiglobulol dan Neophytdiene. Selain itu C. asiatica dilaporkan mengandungi kuersetin, kamphor, cineole, alkaloid, flavonoid glikosid dan hyperin, β-sitosterol dan stigmasterol, resin, tanin dan velarin. Sebatian aktif yang utama yang terdapat di dalam pegaga ialah terbitan triterpenoid pentasiklik iaitu asid asiatik, asiatikosid, asid madekassik, dan madekassosid yang mana termasuk di dalam kumpulan b-amirin ursolik. Selain itu C. asiatica juga dikatakan kaya dengan sumber vitamin seperti vitamin A, B, D dan K serta mineral seperti magnesium, kalsium dan sodium.

Kajian saintifik

Pecahan triterpena daripada C. asiatica telah diuji dan didapati berkesan untuk merawat radang seperti bengkak, sakit sendi, keletihan dan kekejangan. Dalam ujian terhadap radiasi, sekumpulan tikus disapu dengan ekstrak pegaga dan didedahkan pada pancaran radiasi. Keputusan mendapati ekstrak pegaga dapat menghalang kecederaan kulit tikus tersebut. Ujian lanjut menunjukkan bahawa madekassol ialah bahan aktif yang terdapat di dalam pegaga dapat merencat kesan radang yang disebabkan oleh radiasi.

Kajian klinikal yang telah dijalankan terhadap C. asiatica membuktikan tumbuhan ini sangat baik untuk menyembuhkan kecederaan atau luka dengan kehadiran sebatian aktif asiatikosid dan madekassosid hasil fraksinasi daripada sebatian tritepenoid yang terdapat di dalamnya. Bahan aktif ini bertindak dengan meningkatkan kandungan kolagen lapisan fibronektin sel. Dengan demikian proses penyembuhan luka berlaku dapat berlaku dengan segera. Kajian juga menunjukkan asiatikosid atau ekstrak daun yang mencapai piawaian asiatikosid dapat mempercepatkan penyembuhan kecederaan dan dapat memperbaiki kekuatan regangan tisu, menggalakkan proses keratinisasi dan meransang pertumbuhan reticuloendotelium secara sihat dan cepat (Faridah, 1998). Suntikan asiatikosid melalui otot ke dalam tikus,tikus putih, tikus mondok dan arnab menunjukkan mempercepatkan proses penebalan kulit, menggalakkan leukositosis (penambahan sel darah putih), meningkatkan ‘vascularization’ (proses penambahan salur darah) pada tisu penghubung, perembasan mukus dan pertumbuhan rambut. Selain itu ekstrak pegaga menunjukkan kesan penyembuhan apabila diletakkan pada luka yang terdapat pada tikus kajian



Nama produk: Madu Asli

Kandungan : Madu


Dengan kuasa Allah SWT, serangga yang kecil mampu mengeluarkan penawar yang amat tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat dan mampu mencegah pelbagai penyakit. Serangga tersebut ialah lebah dan penawar yang dikeluarkanya ialah madu lebah.

Allah s. w.t. berfirman: ........Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapt ubat yang menyembuhkan bagi manusia.... (Furqan: 16:69).

Lebah terbang mencari bunga-bungaan yang berbau harum dan ia dapat membezakan antara bunga yang mempunyai khasiat yang tinggi dan yang tidak berkhasiat melalui bau dan warnannya. Setiap ekor lebah dapat menghasilkan sekitar 10 gram madu setiap hari meskipun ia terpaksa berulang alik ke sarangnya sehingga 60 kali. Menurut Prof H. A. Schuette dari Jabatan Kimia Universiti Wisconsin menyatakan madu yang berwarna lebih gelap dan kehitam-hitaman adalah lebih baik kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium adalah lebih tinggi.

Kegunaan madu secara tradisional

Al-Bukhari telah mengkelaskan madu sebagai ubat. Rasulullah s.a.w telah menganjurkan pengambilan madu untuk mengubati sakit perut akibat daripada cirit-birit. Dalam hal ini Rasulullah menyuruh mengambil madu dalam jumlah yang lebih banyak kerana madu dapat bertindak menyingkirkan apa-apa yang terdapat di dalam perut dan usus. Terdapat satu punca lain penyakit cirit-birit dan ia terjadi apabila lendir melekat pada usus besar dan mengganggu proses penyerapan. Penyakit ini dikenali sebagai ‘cirit-birit licin’ dan madu boleh menyingkirkan lembapan berlebihan tersebut dengan memaksa lendir keluar dan menyingkirkannya ke bawah. Jika selepas pengambilan dos pertama dan kedua, penyakit masih tidak berkurangan pengambilan madu perlu diteruskan dengan sebaik-baiknya madu dicampur dengan air panas. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju dengan hal ini dan inilah sebabnya mengapa mereka mengatakan bahawa tubuh perlu dipaksa menjalani pembersihan perut dengan cara ini.

Selain itu Ibnu Majah dalam meriwayatkan sebuah hadis terkenal daripada Abu Hurairah, berkata “ Sesiapa yang mengambil madu tiga kali sebulan, dia tidak akan mendapat apa-apa bencana yang besar”. Rasulullah s.a.w bersabda, “ Kamu mempunyai dua ubat: madu dan al-Quran.” Hadis riwayat Ibnu Majah.

Madu bersifat panas dan kering. Madu terbaik adalah yang dihasilkan pada musim bunga, diikuti madu musim panas dan akhir sekali madu musim sejuk. Semua ahli perubatan bersetuju bahawa madu adalah penyembuhan terbaik bagi manusia kerana ia mengandungi kedua-dua sifat pembersih dan tonik dan juga merupakan makanan yang terbaik. Ia juga menguatkan perut dan meransang selera makan. Madu sangat baik untuk orang-orang tua yang mempunyai banyak lendir dalam salur gastrointestinal. Ia mengurangkan ketegangan tubuh badan dan boleh digunakan untuk merawat gigitan anjing gila. Selain itu madu juga boleh digunakan untuk mengubati keracunan dari cendawan serta boleh digunakan untuk mengawet daging sehingga dapat bertahan selama tiga bulan.

Madu juga dapat melembutkan rambut dan menjadikannya tumbuh dengan lebat dan kelihatan lebih cantik. Apabila madu digunakan sebagai ubat mata ia dapat menambahkan daya penglihatan. Madu juga boleh digunakan sebagai pembasuh mulut, dapat melindungi kesihatan gusi dan memutihkan gigi. Menjilat madu semasa perut kosong boleh menghilangkan selera makan dan melancarkan saluran-saluran yang tersekat pada hati, buah pinggang dan pundi kencing.

Ibnu Juraij mengatakan bahawa, Az Zuhri berkata, “ Makanlah madu kerana madu itu baik untuk meningkatkan daya hafalan.” Apabila dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam tempoh tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah dikatakan dapat merawat pesakit yang mengidap kencing manis yang terpaksa menggunakan suntikan insulin. Walau bagaimanapun pengambilannya hendaklah tidak berlebihan. Selain itu madu juga membantu menghilangkan racun dan bahan-bahan yang tidak berguna pada hati. Madu dapat melancarkan perjalanan darah dan membersihkan kotoran-kotoran yang terlekat pada salur-salur darah.


Di samping itu pengambilan madu sebelum bersarapan akan menghilangkan kahak dan mencuci perut daripada cairan yang kotor dan mengelakkan berlaku sekatan pada usus. Madu lebah yang dicampur dengan limau nipis dipercayai dapat menghindari masalah kedinginan serta dapat digunakan untuk merawat batuk dan sakit tekak. Rasulullah sendiri gemar mengamalkan minum madu yang dicampur dengan air sebelum baginda mengambil apa-apa makanan.


Kajian saintifik

Dalam satu persidangan ‘World Apiculture Conference’ yang diadakan di China pada 20-26 September 1993 mengenai khasiat madu lebah, seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah untuk merawat 2094 pesakit katarak mata dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Manakala doktor-doktor dari Poland pula telah memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit buasir, penyakit kulit dan sakit puan.

Madu lebah sebagai bahan antioksidan

Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah yang lebih pekat warnanya (dark-coloured honey) mempunyai kadar antioksidan yang lebih tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan yang tertentu). Bahan antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan, akan bertindak ke atas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian daripada sel-sel tersebut bertukar menjadi kanser.


Madu lebah dan kesannya terhadap kulit

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh David Ropa daripada Thomas J. Payne Market Development madu lebah boleh digunakan untuk mengeluarkan alpha hydroxy acids (AHA) yang berfungsi meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru dan amat berkesan apabila digunakan sebagai agen pelembap kulit (moisturizers). Selain itu satu kajian telah dilakukan oleh Dr V. M. Medical College di Maharashtra, India untuk mengetahui potensi madu lebah untuk merawat luka terbakar. Dalam kajiannya, 52 daripada pesakit yang mengalami luka terbakar dilumur dengan madu lebah manakala 52 yang lain dirawat dengan silver sulfadiazin iaitu ubat yang biasa digunakan dalam perubatan moden hari ini. Selepas 15 hari, 87% daripada pesakit yang menggunakan madu lebah sembuh sepenuhnya berbanding hanya 10% pesakit yang menggunakan silver sulfadiazin sembuh. Mereka yang menggunakan madu lebah didapati kurang sakit dan kesan parutnya juga kurang ketara berbanding mereka yang menggunakan silver sulfadiazin.

Madu lebah sebagai bahan antibiotik

Selain itu kajian selama tiga tahun yang dilakukan oleh University Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati madu lebah asli mampu menyembuhkan luka-luka yang gagal dirawat dengan antibiotik moden. Di dalam kajian ini daripada 59 pesakit yang mengalami luka-luka bernanah yang diberikan madu lebah, didapati 58 daripada mereka sembuh dengan sempurna. Di antara kelebihan madu lebah ialah pHnya yang berada di tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila dicairkan salah satu enzim yang terdapat di dalamnya meransang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai ‘hidrogen peroksida’. Bahan antibakteria yang terdapat di dalam madu lebah ini mampu membunuh Staphylococcus aureus iaitu sejenis bakteria yang berbahaya.

Nutrisi madu (dalam 100g bahan)

Unsur

Kadar

Unsur

Kadar

Air

20 g

Protein

0.3 g

Karbohidrat

79.5 g

Vitamin B1

Sisa

Vitamin B2

0.04 mg

Asid nikotinik

0.2 mg

Fosforus

0.16 mg

Asid pantotenik (Vit B3)

0.2 mg

Kalsium

5 mg

Tembaga

0.2 mg

Vitamin C

4 mg

Besi

0.9 mg

Asid stearik

50 mg

Potasium

10 mg

Selain itu terdapat juga sumber melaporkan di dalam madu terdapat vitamin E, vitamin K, asid folik dan asid tartarik. Madu juga terdiri daripada pelbagai jenis gula iaitu gula buah-buahan (fruktosa), gula anggur (glukosa) dan gula tebu (sukrosa). Kadar air yang terdapat di dalam madu adalah sekitar 17% hingga 19% untuk memelihara keawetan madu dan menstabilkan kandungan nutrisi di dalamnya. Madu juga mengandungi beberapa enzim yang penting iaitu enzim invertase yang berfungsi mengubah sukrosa kepada gula ringkas fruktosa dan glukosa, enzim katalase yang berperanan menguraikan perokasida menjadi air dan oksigen (enzim pengoksida yang terdapat dalam darah dan jaringannya). Manakala enzim amilase yang terdapat di dalam madu berperanan mengaruh sebatian-sebatian kanji iaitu sebatian tempat terbentuknya madu lebah.












Nama produk: Tuju Angin

Kandungan herba: Teja lawang/ Medang teja/ Medang kemangi


Nama saintifik

Cinnamomum iners


Ciri-ciri tumbuhan

Sejenis pokok bersaiz sederhana, bercabang, kulit batang kelabu dan licin, batang berwarna perang kekuning-kuningan, sederhana keras, berkilat, licin dan beraroma. Daunnya tersusun bertentangan, licin, tebal, bentuk bujur, panjang 8 cm hingga 16 cm dan lebar boleh mencapai sehingga 13 cm, mempunyai tiga urat. Ia mempunyai bunga yang kecil dan berwarna kekuning-kuningan. Buah lebih kurang 10 mm panjang.


Taburan

Terdapat di barat India, Indo-China dan Asia Tenggara.


Kandungan sebatian kimia

Eugenol, terpena, sinamik aldehid, safrola dan benzaldehid.


Kegunaan secara tradisional

Akarnya digunakan untuk menyembuhkan demam dan juga digunakan oleh ibu lepas bersalin. Bahagian daun dan batang pula boleh dijadikan penawar racun. Manakala bahagian daun, batang dan yang dikeringkan boleh dijadikan rebusan untuk mengubati sakit lemah-lemah tulang. Selain itu rebusan akar tumbuhan ini boleh digunakan untuk menambah tenaga badan dan dijadikan ubat periuk kaum wanita. Bahagian akar tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit asma, batuk dan lumbago (sakit di bahagian tulang lumbar).

































Kajian Saintifik

Nama produk: Tuju Angin

Kandungan herba: Kayu manis


Nama saintifik

Cinnamomum zeylanicum


Ciri-ciri tumbuhan

Sejenis pokok bersaiz sederhana, tinggi 10m hingga 15m, mempunyai kulit tebal, berwarna perang cerah dan beraroma sangat kuat. Daun berwarna hijau pucat, keras, bahagian atas berkilat dan berbentuk bujur. Bunga kecil berwarna kekuning-kuningan. Buahnya berwarna ungu.

Taburan

Terdapat di India, Indo-China, Asia Tenggara, Jepun, Brazil, Madagascar dan selatan China.


Sebatian Kimia

3-dioksiraanodol, sinzeylanina, γ-terpineol, aseteugenol, epikatekin, sinamtanin B1, pavetanin D1, pavetanin C1, sinamtanin B2, sinamik aldehid, sinamaldehid, eugenol.


Bahagian yang digunakan dalam perubatan

Kulit, daun dan minyak pati.


Kegunaan secara tradisional

Air rebusan kulit dan daun diminum untuk mengubati cirit-birit, mual, muntah, bengkak dalam perut dan usus, sejuk badan, selesema, tekanan darah tinggi, sakit sendi serta sakit tulang belakang. Ia juga digunakan untuk mengawal infeksi mikrob. Selain itu tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat parut, senggugut dan sakit pinggang semasa haid. Tumbuhan ini tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung. Minyak pati daripada buah dan daunnya mengandungi 70% hingga 80% eugenol yang digunakan sebagai bahan pewangi.


Kajian Saintifik

Kajian yang dijalankan menunjukkan ekstrak kloroform kulit kayu manis dapat bertindak sebagai agen anti C. albicans.





Rabu, 18 November 2009

PERKULIAHAN KOMUNITAS HERBALIS MUSLIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

PERKULIAHAN
KOMUNITAS HERBALIS MUSLIM
DI BAWAH NAUNGAN FARMASI ISLAM

AFI RADIX
AKADEMI FARMASI ISLAM
Religius Amanah Disiplin Intelektual & X-tra

KAMPUS CABANG UTAMA TANGERANG
MENERIMA MAHASISWA BARU TAHUN AJARAN 2009-2010 ANGKATAN KE-1
Kuliah Cepat Berkahpun Dapat PROGRAM 1 TAHUN

VISI
Sehat dan Sejahtera Ala Rasulullah SAW

MISI
1.Membangun Pondasi Kedokteran & Farmasi Islam
2.Membangun Generasi Herbalis Muslim Sejati yang Berakhlakul Karimah

3.Membangun Perekonomian Um
at yang Madani

MATERI KULIAH
A. DASAR UMUM
  1. Sejarah Kedokteran Islam
  2. Etika Seorang Herbalis
  3. Fiqh Pengobatan Islam
  4. Halal Haram Produk dan Pengobatan
  5. AL ISLAM
  6. Strategi Bisnis dan Dakwah Rosulullah SAW
  7. Ke AFI RADIX an
  8. Inilah Jalan Kami
  9. Mari Bersama Kami
  10. Etika Seorang Herbalis
  11. Strategi MLM Syariah HPA
  12. Strategi Marketing dan Dakwah HPA
  13. Penanganan Persalinan
  14. Bahasa Inggris
  15. Bahasa Arab
  16. Tahsin
B. KEAHLIAN
  1. Perubatan JAWI
  2. Bekam Sunah dan Medis
  3. Bekam Kecantikan (Perawatan umum)
  4. Diagnosa Tangan, Nabi dan Kuku
  5. Diagnosa Kerupuk
SYARAT PENDAFTARAN

1. Lulus SMA/SMK/MAN/Sederajat
2. Mengisi Formulir Pendaftaran

3. Foto Kopi Ijazah terakhir 1 lembar

4. Foto Kopi KTP 1 lembar

5
. Pas Foto berwarna 3x4 2 lembar
6. Sudah Member HPA Nu
santara
(Masukkan persyaratan kedalam Map tetutup)

PENDAFTARAN

KAMPUS PUSAT
Pondok Herbal “Syifa Aulia Mumtasah” Jl. Mayor Oking No. 7, RT. 001, RW. 02 Ruko Siteureup, Bogor Telp. 021 9828 5754, HP. 0813 8554 2113

KAMPUS TANGERANG ( Cabang Utama )
Rumah Sehat Herba Center Ruko Permata Cimone Mall Jl. Merdeka Blo A no 7 Tangerang-Banten HP. 021 9235 4060


InsyaAllah .., Kami akan membuka Cabang-cabang di wilayah Banten. Anda Berminat..??? Segera Hubungi Cabang Utama Kami!!!


BIAYA PENDAFTARAN

1. Biaya Folmulir Rp. 200.000 ,-
Waktu : Tanggal 26 Oktober - 30 November 2009

2. Tes Bimbingan Akademik; Tanggal 2 Desember 2009

3. Daftar Ulang; Tanggal 2 - 4 Desember 2009
-Pendaftaran OSPEK (2 hari 1 malam) Rp. 200.000,-
-Pembayaran Jaket Almamater, kaos, trening, topi, pin, KTM+ATM Rp. 360.000,-
-Infaq Bangunan (dapat dicicil 2 x) Rp. 400.000,-

BIAYA UMUM

Infak Wajib Mahasiswa (IWM) Rp. 200.000,-/Bln


MULAI KULIAH
Desember 2009


UNTUK UMUM
MAHASISWA, KARYAWAN, GURU, BIDAN, DOKTER, WIRASWASTA, KLINIK, DLL


DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA!!!
ketik DAFTAR lalu kirimkan ke:
kiki@gt-tires.com atau afonetgr@gmail.com

Perkelas hanya 35 orang


“…SAATNYA KITA BANGKITKAN FARMASI ISLAM DUNIA YANG DIAWALI DARI DIRI KITA SENDIRI…”

DAFTARKAN DIRI ANDA SEGERA !!!


Sabtu, 20 Juni 2009

AKADEMI FARMASI ISLAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

PERKULIAHAN
KOMUNITAS HERBALIS
DI BAWAH NAUNGAN FARMASI ISLAM

AFI RADIX
AKADEMI FARMASI ISLAM
Religius Amanah Disiplin Intelektual & X-tra

MENERIMA MAHASISWA BARU TAHUN AJARAN 2009-2010 ANGKATAN KE-4
Kuliah Cepat Berkahpun Dapat PROGRAM 10 BULAN


MOTTO
Hidup Adalah Jihad, Pantang Mengeluh, Cari Solusi, Maju Tempur….Allahu Akbar

VISI & MISI
1. Sehat Ala Rasulullah SAW (Thibbun Nabawi)
2. Membangun Pondasi Ked
okteran & Farmasi Islam
3. Membangun Generasi Herbalis Muslim Sejati yang Berakhlakul Karimah

4. Membangun Perekonomian Um
at yang Madani

MATERI KULIAH
1. Sejarah Kedokteran Islam
2. Bekam (Teori, Praktek Bekam Massal, Sidang Skripsi)

3. Perubatan Ilahiyah (Halal Haram Produk dan Pengobatan)

4. Perubatan Jawi

5. Diagnosa Tangan, Lidah, Mata, Nadi, K
uku
6
. Pembetulan Tulang Belakang (PTB)
7. Training for Tr
ainer (Leadership, MC, Presenter, Simulasi Team Work)
8. Herbarium (Knowledge, Meracik, Study Ilmiah)
9. Kesehatan Umum

10. Strategi Bisnis dan Rahasia Kesehatan Rasulullah SAW

11. Strategi M
arketing dan Dakwah HPA (MLM Syari’ah)
12. Refleksiologi

13. Urutan Limpatik

14. Ruqyah Syar’iyah

1
5. Sehat Dengan Gerak Sholat
16. Farmakologi

17. Gurah Mata

18. Micro Teacing Asisten Dosen (Asdos)

19. Wisuda


EKSKUL
PASSUS (Pasukan Khusus)
BEKAM KECANTIKAN (Perawatan Kulit Seluruh Tubuh)

KEUNGGULAN
1. Tenaga Pendidik terdiri dari Trainer Herbalis & Motivator Nasional, Alumni AFI RADIX
2. Alumni dapat menjadi Dosen, Staff dan Wakil Rektor AFI RADIX
3. Alumni dapat membuka Cabang AFI RADIX, Klinik dan Rumah Sehat di mana saja


SYARAT PENDAFTARAN
1. Lulus SMA/SMK/MAN/Sederajat
2. Mengisi Formulir Pendaftaran*

3. Foto Kopi Ijazah terakhir 1 lembar*

4. Foto Kopi KTP 1 lembar*

5
. Pas Foto berwarna 3x4 2 lembar*
6. Sudah Member HPA Nu
santara**
*) Dimasukan ke dalam Map Tertutup **) Bagi yang belum member, pembuatan dapat dikolektif pada saat pendaftaran

PENDAFTARAN
Gelombang II
Tgl 1 November – 5 Oktober 2009


1. KAMPUS PUSAT
Pondok Herbal “Syifa Aulia Mumtasah” Jl. Mayor Oking No. 7, RT. 001, RW. 02 Ruko Siteureup, Bogor Telp. 021 9828 5754, HP. 0813 8554 2113

2. KAMPUS II
Gedung AWMIT (BSI/STMIK Nusa Mandiri) No. 25 Lt. 1, Kramat Raya, Senen Jakarta Pusat Telp. 021 919 811 04, HP. 0813 1100 5751

3. KAMPUS III
(Gedung Dalam Proses) Wisma Asri, Bekasi Telp. 021 9327 3514 / 021 2373 0009

4. KAMPUS IV
(Gedung Dalam Proses) Wisma Palar, Perum Griya Bukit Jaya, Gunung Putri

5. KAMPUS V
(Gedung Dalam Proses) Jl. Otista, Subang HP. 0812 7801 9336 / 0852 2452 5429

5. KAMPUS VI ( Cabang Utama )*
Rumah Sehat Herba Center Ruko Permata Cimone Mall Jl. Merdeka Blo A no 7 Tangerang-Banten
HP. 021 9235 4060 / 021 949 80 279 /0852 8046 3700



InsyaAllah .., Kami akan membuka Cabang di wilayah Banten. Anda Berminat..??? Segera Hubungi Cabang Utama Kami!!!


BIAYA PENDAFTARAN

1. Gelombang I a. Biaya Wajib (Rp. 600.000,-)( bisa di angsur 2x )
pendaftaran sampai tgl 10 agustus diskon 150.000
- Ospek PBC (Tgl. 1-2 Agustus 2009)
( 2 hari 1 malam di hotel bintang *** menginap )
- Tes Bimbingan Akademik
- B
iaya Pendaftaran


b. Biaya Pra Kuliah (Rp. 200.000,-)
- Jaket Almamater, kaos olah raga, topi dan pin

- KTM (Kartu
Tanda Mahasiswa)

c. Infak Bangunan (IB
) Rp. 300.000,- ( Bisa diangsur 2x )

( BIAYA PENDAFATARAN BISA DI ANGSUR 2 x SAMPAI TGL 21 AGUSTUS 2009 )


DAPATKAN DISKON KHUSUS
SAMPAI TANGGAL 30 NOVEMBER 2009



BIAYA UMUM
1. Infak Perpustakaan (IP) Rp. 10.000/Bln
2. Infak Wajib Mahasiswa (IWM) Rp. 120.000/Bln


MULAI KULIAH
10 Oktober 2009


UNTUK UMUM
MAHASISWA, KARYAWAN, GURU, BIDAN, DOKTER, WIRASWASTA, KLINIK, DLL


DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA!!!
ketik DAFTAR lalu kirimkan ke:
grupherbaiqfa@gmail.com atau kiki@gt-tires.com atau afonetgr@gmail.com

Perkelas hanya 35 orang


“…SAATNYA KITA BANGKITKAN FARMASI ISLAM DUNIA YANG DIAWALI DARI DIRI KITA SENDIRI…”


KEGIATAN MAHASISWA

RESIMEN MAHASISWA (MENWA) AFI RADIX
PASSUS (Pasukan Khusus)
1. Team Sukses PBC

2. Team DIKLAT

3. Team SATGAS

4. Team Intelegency

5. Team RADIX’S Outbond Training




WISUDA AFI RADIX
Angkatan ke 1 : 4 April 2008
Angkatan ke 2 : 7 Juni 2009

Angkatan ke 3 : 13 Desember 2009




STUDY ILMIAH AFI RADIX
Angkatan ke 1 : 22 Februari 2009
Angkatan ke 2 : 14 Maret 2009

Angkatan
ke 3 : 13-14 Juni 2009




SIDANG SKRIPSI AFI RADIX
Angkatan ke 1 : 21 Desember 2008
Angkatan ke 2 : 16-17 Juni 2009

Angkatan ke 3 : 6-7 November 2009




TRAINING FOR TRAINER (TFT) AFI RADIX
Kegiatan ini langsung dipandu oleh Rektor dan Leader Nasional untuk mencetak Presenter Tangguh yang semua Support Systemnya sudah diramu oleh Team Diklat



PELATI
HAN HERBALIS MUSLIM (PHM) AFI RADIX
Kegiatan Wajib yang diadakan oleh Mahasiswa untuk belajar menjadi Presenter di depan peserta pelatihan, sehingga dapat menunjukkan Keilmuan Kuliah



PR
AKTEK BEKAM MASSAL
Kegiatan ini dilakukan setiap sebulan sekali di masyarakat umum guna mensosialisasikan Pengobatan Ala Nabi SAW dan Menguji Mental para Mahasiswa dalam berdakwah


OSPEK (ORIENTASI PENDIDIKAN & KESUKSESAN)
Kegiatan ini untuk membentuk Karakter Bisnis yang Islami, dimana dapat memahami Dakwah di HPA, yaitu PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)




APA KATA MEREKA

YULYADI SUWANDI, S.Pd, DIREKTUR AWMIT
“Tingkatkan terus MOTIVASI dan SEMANGAT dalam menimba ilmu yang berakhlakul karimah sebagaimana yang dicontohkan oleh Abdurrahman bin Auf”


MUHAMMAD IWAN S.Pd, TOP TEN HPA INDONESIA
“AFI RADIX merupakan KARYA SPEKTAKULER yagn akan banyak merubah DUNIA.., Ia akan menggoreskan POTENSI umat yang selama ini masih DIAM tiada daya, semoga dapat menciptakan Prestasi Dunia & Akhirat, amin”

BAGUS HERNOWO, S.Pd, PJS INDONESIA
“AFI RADIX Dahsyat…, Terobosan TERBARU dalam ilmu Thibbun Nabawi, perpaduan antara Skill, Kedisiplinan ilmu, Spiritual entepreuneurship yang mampu mencetak PRIBADI UNGGUL dan MANDIRI, Maju terus…”

IBNU KHAJAR, SE, TOP MOTIVATOR NASIONAL
“AFI RADIX adalah ‘Bussines School’ yang mampu memadukan antara Skill Herbalis, Leadership dan Usahawan Sejati. Cocok buat anda yang ingin merubah MASA DEPAN lebih CEMERLANG”


dr. ZAIDUL AKBAR, DEWAN PAKAR ABI
“AFI RADIX merupakan suatu langkah nyata dan konkrit dalam rangka mensyiarkan DAKWAH Thibbun Nabawi dan produk HALALAN THOYYIBAN FARMASI ISLAM HPA, InsyaAllah AFI RADIX dapat MENCETAK Mujahid Kedokteran ISLAM, sehingga Farmasi Islam DUNIA akan bangkit dari sisni, amin. Allahu Akbar!”

AGUNG YULIANTO, SE., M.Kom, TOP TRAINER NASIONAL
“Niat mensyiarkan Pengobatan SUNNAH inilah yang membuat AFI RADIX tumbuh dari NOL hingga sekarang BISA membuat KAGUM siapapun yang melihatnya dan YAKINLAH AFI RADIX akan terus membesar dengan RIDHA ALLAH SWT. Amin”

ARIYADI S.Ag., SH.M, Dosen dan DANPASSUS
“Subhanallah…. Luar Biasa…, baru sekarang ini saya rasakan NIKMATNYA perjuangan, Motto AFI RADIX sangat FANTASTIK untuk merubah GAYA HIDUP yang MONOTON. Dan yang lebih terbaru lagi, bagaimana Rektor Bapak Asep SANGGUP MENDIDIK mahasiswa tanpa memandang downline atau jaringan orang lain serta JIWA Leadership dan Pengorbanannya masuk dalam SANUBARI kami sebagai Mahasiswanya”

DAFTARKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA!!!

*Dalam Proses


Brosur AFI
(Silahkan save as brosur ini )





Contact person:
KIKI SUSILO
Perum Keroncong Permai Blok EB 18 No 8
Gebang Raya, Periuk-Tangerang Banten
Tlp. 021 949 80 279 / Hp. 081 3898 49656

HPA BUSINESS SCHOOL di bawah naungan FARMASI ISLAM HPA
AKADEMI FARMASI ISLAM (AFI) RADIX

ShoutMix chat widget